Ibrahim Ali-PAS Berdamai, Ikrar Tangani Isu Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sepakat membentuk kerjasama berkaitan isu kepentingan rakyat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-dua pihak masih belum membincangkan soal kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Kita setuju bentuk kerjasama antara PAS dan Perkasa. Kita juga akan aturkan perkembangan aktiviti program terkini secara bersama. Mungkin Ibrahim akan kembali kepada PAS," katanya dalam nada seloroh pada sidang media selepas pertemuan tersebut.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, kerjasama tersebut membuktikan PAS terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

"PAS setuju untuk adakan perjumpaan bersama Perkasa buat pertama kali secara rasminya. Ini perkembangan yang baik," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Perkara sama turut ditegaskan Ibrahim yang lebih memfokuskan kepada kerjasama dalam menangani isu-isu semasa.

"Kerjasama politik untuk pilihan raya kita tidak bincang sebab kita fokuskan kepada isu-isu semasa. Kita (Perkasa) akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk dengan parti-parti politik yang lain. Mana-mana yang baik kita akan sokong dan mana-mana yang perlu kita akan beri teguran dan pandangan," katanya.

Ibrahim turut menggunakan pertemuan tersebut untuk memulihkan semula hubungannya dengan PAS yang sebelum ini kelihatan tegang.

"Saya menjelaskan mengapa saya agak kritikal walaupun saya dahulu pernah bertanding atas tiket PAS. Tetapi hari ini kita selesaikan semuanya, kosong-kosong," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu pernah bertanding atas tiket PAS pada PRU-12 sebelum menjadi calon Bebas.

Pada masa sama, Takiyuddin berkata, dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak menuntut pembebasan peguam Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Khairuddin dan Matthias ditahan mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan menyebabkan mereka ditahan tanpa bicara selama 28 hari. Oleh itu, kita tentang penahanan tersebut," katanya.

Takiyuddin berkata, PAS pernah diberikan jaminan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa akta tersebut tidak akan digunakan untuk tujuan politik.

"Ini pembohongan dan penyelewengan untuk salah guna kuasa, sebab itu PAS menentang Sosma," katanya.

Malah, kedua-dua pihak turut sepakat menjunjung titah Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menggesa penubuhan suruhanjaya diraja (RCI)  untuk menyiasat dana berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu juga, PAS dan Perkasa mendesak kerajaaan untuk memberi penjelasan tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang ternyata mengelirukan rakyat.

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Ali , PAS , Perkasa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan