5,161 Pusat Pemindahan Mampu Tampung Lebih 1.6 Juta Mangsa Banjir

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 3:39 PM

SELERA… Sebahagian 131 keluarga menikmati makanan yang disediakan ketika tinjauan fotoBERNAMA di pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Galing. -fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenalpasti sebanyak 5,161 pusat pemindahan yang mampu menampung 1,605,020 mangsa banjir, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani berkata ia melibatkan penggunaan bangunan berkapasiti besar yang dapat menampung lebih 2,000 mangsa pada satu-satu masa serta perluasan penggunaan bangunan swasta dan persendirian.

"Penggunaan gudang atau kilang sebagai pusat pemindahan merupakan salah satu langkah yang diambil dalam melaksanakan penambahbaikan dengan menggunakan bangunan yang bersesuaian di kilang tersebut seperti ruang dewan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Simulasi Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Pantai Cahaya Bulan di sini, Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata JKM turut membekalkan keperluan asas dan makanan kering di tahap optimum yang boleh menampung bekalan selama lima hari kepada 320,000 mangsa di lima depohnya di Bedong (Kedah), Sungai Buloh (Selangor), Kemumin (Kelantan), Marang (Terengganu) dan Muar (Johor).

Selain itu, katanya JKM turut menambah 117 pangkalan hadapan di seluruh negara, menjadikan keseluruhan pangkalan hadapan sebanyak 547 buah berbanding 430 buah sebelum ini.

"Pangkalan hadapan ini serta pusat pemindahan juga akan dibekalkan dengan pelbagai barangan keperluan yang boleh menampung penggunaan sekurang-kurangnya selama tujuh hari," katanya.

Katanya, JKM turut meningkatkan keperluan kepada mangsa dan petugas di pusat pemindahan dengan membekalkan 15,000 set pembahagi boleh lipat (mobile partition), 12,000 unit "foam mat", 300 unit walkie talkie dan 2,400 jaket keselamatan.

"Jabatan ini turut mewujudkan tujuh jawatankuasa di pusat pemindahan yang terdiri daripada Jawatankuasa Pendaftaran, Bekalan Keperluan, Makanan, Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan, Aktiviti serta Sukarelawan.

"Ia bertujuan mempertingkat keupayaan dalam mengurus dan mengendalikan bencana khususnya khidmat bantu di pusat pemindahan iaitu penyediaan urusan pendaftaran, memasak, pengedaran bantuan makanan, pakaian, selimut, tikar dan  lain-lain keperluan ketika bencana," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rohani Abdul Karim , banjir , JKM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan