Dakwaan Layanan Buruk Terhadap Murid Tak Benar - Guru

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 11:26 AM

Murid-murid Orang Asli di SK Tohoi. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Murid Orang Asli di SK Tohoi tidak pernah dizalimi oleh guru-guru mereka.

Salah seorang guru di sekolah itu yang enggan dikenali berkata, beliau dan rakan-rakannya berasa terganggu dengan dakwaan yang dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak sekolah itu.

"Saya benar-benar tidak tahu bagaimana mereka boleh membuat tanggapan itu.

"Malah cakap-cakap bahawa kita mahu mendenda kanak-kanak kerana berenang di sungai juga tidak benar," katanya sambil menambah guru-guru tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan cerita sebenar daripada pihak mereka.

"Sebagai guru, kami bertanggungjawab terhadap murid-murid kami, mengapa kami perlu menganiaya mereka?

"Saya merayu kepada masyarakat Orang Asli supaya tidak menuding jari kerana dakwaan ini adalah tidak benar," katanya ketika ditemui di sekolah itu, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan di media sosial tentang dakwaan layanan buruk yang diberikan terhadap murid-murid.

Sebuah portal berita melaporkan ada murid yang mendakwa mereka perlu tidur di atas lantai simen dan memakai pakaian seragam kotor ke sekolah.

Guru itu yang telah mengajar di SK Tohoi selama tiga tahun berkata aktiviti sekolah berjalan seperti biasa walaupun semua orang sedang berkabung ekoran kematian kanak-kanak Orang Asli.

Tujuh murid telah hilang selama 46 hari sejak 23 Ogos.

"Jika kita telah menzalimi murid-murid, ia sudah lama dilaporkan oleh media masa," kata guru itu.

Pengawal keselamatan sekolah Ainig Ahod, 40, berkata guru sewajarnya memberi penjelasan.

Katanya, pelajar hanya akan ditegur jika mereka nakal.

"Malah sebahagian ibu bapa pun mengaku bahawa anak-anak mereka mempunyai masalah disiplin dan sukar untuk dikawal," katanya.
Tags / Kata Kunci: SK Tohoi , kanak-kanak Orang Asli

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan