Peguam Negara Pertahan Pendakwaan Terhadap Khairuddin, Matthias Chang

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 4:17 PM

Khairuddin Abu Hassan (dua dari kiri) dan peguam, Matthias Chang (dua dari kanan) didakwa di Mahkmah Majistret atas pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PUTRAJAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang Wen Chieh tidak didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan kedua-dua individu berkenaan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Menjelaskan mengenai kekeliruan itu, Mohamed Apandi berkata, Sosma adalah prosedur undang-undang yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan berhubung kes 'kesalahan keselamatan'.

"Takrif 'kesalahan keselamatan' menjelaskan bahawa Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.

"Apabila Sosma digubal, 'kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan)," katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini, Selasa.

Pada sidang media itu Mohamed Apandi hanya membacakan kenyataan bertulis tanpa disusuli sesi soal jawab.

Pada Isnin, Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri mempersoalkan pendakwaan terhadap Khairuddin dan Chang mengikut Sosma adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa.

Selain itu menurut Mohamed Apandi, 'kesalahan keselamatan' yang terpakai dalam Akta itu adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Sosma.

Tambah beliau pada 2014, senarai itu diperluaskan untuk memasukkan Bahagian VIB Kanun Keseksaan (Jenayah Terancang) di samping kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

"Senarai itu selanjutnya diperluaskan lagi pada Jun 2015 untuk memasukkan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

"Sehubungan itu Seksyen 124L Kanun Kesalahan adalah kesalahan di bawah Bahagian VI Kanun Keseksaan.

"Ia adalah satu daripada tujuh kesalahan baharu yang diperkenalkan dalam Bahagian VI Kanun Keseksaan pada 2011 menerusi Kanun Keseksaan (Pindaan) Akta 2012," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan