Tiada Bukti Kukuh Wujud Militan IS Di Timur Sabah - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 6:46 PM

Hishammuddin diberi penerangan oleh seorang pegawai tentera ketika melakukan lawatan kerja ke Op Pasir di pos kawalan Pulau Pandanan di perairan Semporna. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara Islam (IS) bertapak di pantai timur Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, beliau berkata pasukan keselamatan tidak boleh memandang ringan kerana kawasan perairan timur Sabah sering berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan yang membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari selatan Filipina.

Katanya pada ketika ini, pengaruh IS dipercayai mendapat sambutan kalangan kumpulan pengganas dan pemisah di selatan Filipina berikutan pemimpin beberapa kumpulan tersebut menyatakan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakar Al-Baghdadi pada tahun lepas.

Secara tidak langsung, unsur ekstremis ini berupaya mempengaruhi sebuah kumpulan di Sabah melalui jaringan pengganas yang sedia terjalin, katanya pada kenyataan media pada lawatan ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan dekat sini, Isnin.

Katanya selain itu, ancaman militan itu turut berkait dengan lima anggota militan rakyat Malaysia yang kini bersembunyi di selatan Filipina.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Hishammuddin berkata militan merupakan ancaman yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk ditangani secara menyeluruh.

Beliau berkata perancangan mewujudkan Wilayah Islamiah di Laut Sulu oleh militan IS di selatan Filipina memerlukan kerajaan membuat persiapan proaktif untuk menanganinya.

"Perkembangan di selatan Filipina, geopolitik di Laut Cina Selatan, menuntut kita membuat persiapan proaktif termasuk menerusi pembabitan negara-negara Asean," katanya.

Hishammuddin berkata esok beliau akan ke Beijing, China bagi menghadiri perjumpaan tidak formal Menteri-Menteri Pertahanan Asean dengan kerajaan China.

Katanya sebagai pengerusi negara Asean, Malaysia akan menggunakan sebaik mungkin kedudukan itu untuk meletakkan agensi keselamatan dan pertahanan negara-negara Asean dalam satu kedudukan di peringkat serantau menangani ancaman termasuk IS.

Tags / Kata Kunci: Militan IS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan