Pesawat APMM Mulakan Operasi Padam Kebakaran Di Sumatera Selatan - Berita Semasa | mStar

Pesawat APMM Mulakan Operasi Padam Kebakaran Di Sumatera Selatan

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 8:09 AM

Pesawat Bombardier milik APMM dalam misi memadam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebuah pesawat jenis Bombardier CL 415 MP Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memulakan operasi memadam kebakaran dengan menggunakan 'water scooping' dan 'water bombing' di kawasan Sumatera Selatan, Indonesia pada Ahad.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Che Hassan Jusoh berkata, pesawat itu telah melakukan, masing-masing 10 kali water scooping dan water bombing dalam tempoh empat jam penugasan pada hari pertama.

Dalam satu kenyataan di sini malam Ahad, beliau berkata, sesi menyedut air dengan kapasiti 6,137 liter dalam tempoh 12 saat telah dilakukan di Sungai Lumpur yang terletak di kawasan tenggara, 70 batu dari Palembang.

"Masa diambil bagi melakukan satu sesi menyedut air dan sampai ke kawasan kebakaran hanya mengambil masa tujuh minit. Operasi itu melibatkan seorang juruterbang (Lt Kdr Maritim Azizan Buang), seorang pembantu juruterbang dan seorang anak kapal," katanya.

Che Hassan berkata, operasi pertama itu akan diteruskan pada Isnin dan dijangka mengambil masa selama lima hari.

Jumaat lepas, selain pesawat bombardier, APMM juga menghantar sebuah helikopter AS 365 N3 Dauphin bersama 29 pegawai APMM bagi operasi memadamkan kebakaran yang menyebabkan masalah jerebu berpanjangan sehingga melanda negara jiran sejak dua bulan lepas.

Tags / Kata Kunci: APMM , jerebu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan