Pembenihan Awan Di Johor Tampung Empangan

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 6:32 PM

Seorang pekerja AF Jets memeriksa suar yang mengandungi larutan garam untuk pembenihan awan yang diletakkan pada sayap pesawat ringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Senai. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) melakukan pembenihan awan mulai Isnin hingga hujung bulan ini bagi menampung kekurangan bekalan air di beberapa empangan.

Pengarahnya Mohd Riduan Md Ali berkata 20 penerbangan menggunakan pesawat Cessna dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dijangka dilakukan bagi tujuan terbabit dengan setiap penerbangan mengambil masa antara dua hingga tiga jam.

"Pembenihan ditumpukan di kawasan Empangan Sungai Layang dekat Masai dan Sungai Lebam dekat Kota Tinggi.

"Beberapa empangan termasuk Empangan Machap dekat Kluang, Empangan Chongok dekat Mersing, Empangan Juaseh dekat Segamat dan Empangan Sembrong dekat Kluang," katanya.

Mohd Riduan berkata pihaknya menerima kerjasama daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Civil Aviation Singapore (CAS) untuk melakukan pembenihan.

Ketika ini Empangan Sungai Layang mencatatkan paras 19.7 meter melebihi paras kritikal 23.5 meter manakala Empangan Sungai Lebam mencatatkan paras 8.78 meter melebihi paras kritikal 12.27 meter.

Khamis lalu, SAJ Holdings (SAJ) memaklumkan lanjutan Bekalan Air Berjadual (BAB) di sebahagian Johor Baharu dan Pengerang dilakukan sehingga 15 Nov ini berikutan paras air di Empangan Sungai Layang dan Sungai Lebam belum menunjukkan perkembangan positif.

Tags / Kata Kunci: Pembenihan Awan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan