“Saya Bersama Tun M Untuk Tunjuk Umno Bebas Beri Pandangan" - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 1:00 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keyakinan terhadap isu-isu yang sering disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap negara menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk bersama beliau dalam sidang media khas pada Isnin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, memperjuangkan kebenaran, hak serta kepentingan rakyat adalah perkara yang tidak menjadi kesalahan, malah ia perlu dilakukan oleh beliau untuk memainkan peranannya dalam parti.

“Saya yakin dengan apa yang disebut Tun Dr Mahathir satu perkara benar. Saya berpegang kepada prinsip keadilan walaupun saya masih pegang jawatan dalam parti, itu tak halang saya untuk menunjukkan perasaan atau pandangan saya tentang hal-hal dalam negara terutama jika ia membabitkan kepentingan rakyat, kebebasan, keadilan, hak dan sebagainya.

“Sebab itu bila Tun ajak saya untuk bersama-sama dalam sidang media ini, saya kira ia adalah satu usaha yang sepatutnya dilakukan iaitu menyuarakan hal yang difikirkan perlu untuk kita memberikan pandangan kepada kepimpinan negara, pihak berkuasa dan kerajaan bahawa apa saja yang hendak dilakukan ia mesti bersandar kepada undang-undang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Negara di sini, Isnin.

Sidang media selama lebih satu jam itu bertujuan mendesak kerajaan supaya menghentikan penyalahgunaan kuasa berikutan penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Selain itu, sidang media turut menyentuh tentang isu-isu negara seperti krisis kepimpinan, ekonomi termasuk kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Muhyiddin, turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.

Muhyiddin berkata beliau tidak berasa bimbang jika terdapat mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya untuk bersama-sama Dr Mahathir serta beberapa pemimpin lain pada sidang media Isnin kerana berpendapat ia satu usaha yang baik.

Malah katanya, terserah jika ada yang menganggap tindakannya itu sebagai satu kesalahan kerana parti juga tidak mahu menyokong ahlinya secara membuta-tuli.

“Itu terserah kepada mereka. Adakah perbuatan saya salah, bagi saya tak begitu. Saya tidak bimbang untuk bersama-sama pada sidang media ini kerana inilah satu usaha yang baik.

“Saya nak tunjukkan juga bahawa Umno, walaupun menjadi bahagian penting dalam kerajaan, ada pihak yang boleh beri pandangan berbeza, sepatutnya ia boleh diterima dengan baik kerana ia boleh meningkatkan pandangan masyarakat bahawa kita berjuang atas dasar keadilan dan kepntingan rakyat, bukan untuk tujuan tertentu atau melindungi pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata sebagai salah seorang jemaah menteri yang membuat keputusan tentang Sosma, beliau berkata akta itu cukup jelas dan spesifik menyatakan bahawa ia akan digunakan untuk kesalahan berkaitan pengganas.

“Jangan ada salah guna kuasa undang-undang, pendirian ini kita perlu tegaskan.

“Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan Tun M bahawa kita perlu tegaskan perkara ini sama ada dalam bentuk peringatan atau tekanan,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan