Kenaikan Tol Hanya Libatkan Lebuh Raya Dalam Bandar

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan pada Isnin berkata selain itu, kadar tol untuk bas akan kekal seperti mana sekarang dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutamanya bas.

Bas akan menjadi satu lagi opsyen mod pengangkutan ke destinasi masing-masing serta mengurangkan aliran trafik atau kesesakan ke pusat bandar, menurut kenyataan itu.

Katanya kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Menurut kenyataan, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

"Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta," katanya.

Dalam hal ini, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat secara keseluruhannya.

Sebagai contoh, membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan, membina lebih banyak hospital dan sekolah.

Menurut kenyataan, memandangkan pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi, kadar tol perlu dikenakan kepada pengguna untuk membolehkan syarikat terlibat menyenggara lebuh raya berkenaan untuk keselesaan dan keselamatan para pengguna.

Kadar tol yang dikenakan adalah mengikut jarak perjalanan pengguna.

Dalam hal ini juga, kadar tol yang ditetapkan di sesuatu lebuh raya mengambil kira kos pembiayaan, kos operasi dan penyenggaraan serta kemampuan pengguna, menurut kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan kadar tol yang tinggi dan oleh kerana itu, kadar tol yang dikenakan akan mengalami peningkatan beransur-ansur sepanjang tempoh konsesi yang ditetapkan.

Tags / Kata Kunci: Kenaikan Tol

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan