KDN Diminta Tarik Balik Larangan Guna Laluan Khas Di CIQ Bukit Kayu Hitam

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menarik balik arahan tidak membenarkan pegawai kerajaan Malaysia dan Thailand menggunakan laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berkata laluan khas itu kini hanya boleh digunakan oleh anggota tentera dan polis.

Beliau berkata arahan itu dikeluarkan serta merta oleh Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim, selepas melakukan lawatan di kompleks CIQ pada 17 Sept lepas.

"Sejak 27 tahun lepas, pegawai kerajaan dari Malaysia dan Thailand boleh menggunakan laluan itu atas pelbagai urusan. Sama seperti Thailand membenarkan pegawai kerajaan dari Malaysia menggunakan laluan khas di pintu sempadan mereka.

"Kita terima rungutan daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa mereka tidak dibenarkan menggunakan laluan khas untuk masuk ke negara ini atas pelbagai urusan. Kita tidak mahu disebabkan perkara ini, hubungan antara pegawai kedua-dua negara di sempadan terjejas," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Ahmad Zaini berkata sebelum ini, pegawai Konsulat Malaysia pernah dihalang oleh pegawai bertugas daripada menggunakan laluan khas itu untuk ke Thailand, dan perlu melalui laluan sama seperti pengguna lain.

Beliau berkata surat mengenai perkara itu dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Okt lepas, dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

Selain itu, katanya arahan tersebut turut menyusahkan kira-kira 100 pekerja di kawasan perniagaan zon bebas cukai di Bukit Kayu Hitam yang terpaksa membayar tol sebanyak RM3.60.

"Sebelum ini, pekerja diberi kebenaran melalui laluan khas untuk ke zon bebas cukai. Gaji mereka sekitar RM900 dan jika mereka terpaksa melalui laluan biasa yang ada tol, sudah pasti ia akan membebankan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bukit Kayu Hitam , Thailand

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan