Operasi Cari Kanak-Kanak Orang Asli Yang Masih Hilang Diteruskan - Polis

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 7:52 PM

Anggota mencari dan penyelamat (SAR) membawa keluar kotak berisi rangka kanak-kanak dipercayai antara tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas di Hospital Gua Musang pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi untuk mencari seorang lagi kanak-kanak Orang Asli yang masih hilang di Pos Tohoi, Gua Musang. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kira-kira 100 anggota pasukan itu sedang mencari kanak-kanak berkenaan di sekitar Sungai Perias, Pos Tohoi. 

"Saya mengarahkan mereka teruskan usaha mencari satu lagi kanak-kanak yang masih hilang," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. 

Setakat ini, dua daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lepas ditemui selamat iaitu Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia. 

Mazlan berkata polis mengkategorikan tiga kanak-kanak iaitu Juvina David, 7, Haikal Yaakob, 8, dan Linda Rosli, 8, sebagai masih hilang walaupun dua rangka kanak-kanak telah ditemui kerana belum ada keputusan DNA.

"Dua rangka kanak-kanak yang ditemui (di tebing Sungai Perias) perlu melalui ujian DNA (Deoxyribonucleic acid) bagi mengetahui identitinya manakala seorang lagi masih hilang," katanya menambah polis tidak boleh mengesahkan identiti rangka yang ditemui selagi keputusan ujian DNA tidak diperoleh.

Bagaimanapun, hari ini, rangka mayat kanak-kanak yang ditemui di Sungai Perias pada Sabtu disahkan sebagai Juvina oleh bapanya, David Kuasam. 

Mazlan berkata tempoh masa untuk menjalankan ujian DNA bergantung kepada pihak Hospital Gua Musang. 

Sementara itu, mengulas kes sama, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pihak yang membuat tuduhan kononnya kerajaan tidak mengambil berat nasib tujuh kanak-kanak terbabit adalah berniat jahat. 

Katanya, sejak operasi SAR dilancarkan 23 Ogos lepas hingga sekarang, kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tidak pernah berhenti menjaga kebajikan mereka.

"Terdapat kakitangan Jakoa tidak pulang ke rumah walaupun pada Aidiladha 24 September lepas bagi membantu pasukan SAR," katanya. 

Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata ,apa yang dibimbangi pihak terbabit akan menyebarkan fitnah itu sehingga ke luar negara kononya kerajaan bukan sahaja mengabaikan masyarakat minoriti itu malah menindasnya.

"Walhal dari dulu sehingga sekarang, kerajaan membelanjakan peruntukan terbesar untuk kemajuan masyarakat itu termasuk menubuhkan satu jabatan khas bagi menjaga kebajikan 218,000 keluarga Orang Asli di negara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kanak-Kanak Orang Asli , Hilang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan