Najib Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Kerja

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja dua hari.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma di sini pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan dan disambut oleh Menteri Perindustrian Indonesia Saleh Husin serta Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Roseli Abdul, pegawai-pegawai kerajaan serta anggota-anggota rombongan.

Antara anggota rombongan lawatan kerja itu ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim serta pegawai kanan kerajaan.

Rombongan Perdana Menteri itu kemudiannya terus berlepas ke Istana Presiden di Bogor untuk bertemu Presiden Joko Widodo dan mengadakan rundingan dua hala untuk mempertingkatkan kerjasama membangunkan industri sawit.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dalam bidang alam sekitar.

Kunjungan Najib ke Indonesia kali ini juga adalah susulan daripada dua mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia dan Indonesia pada 27 Ogos di Kuala Lumpur dan 3 Okt di Jakarta. 

Tags / Kata Kunci: Jakarta , Najib

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan