MCA Bukan Rakan Kongsi Tidak Aktif Dalam BN - Najib

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 1:54 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA bukan rakan kongsi yang tidak aktif dalam Barisan Nasional (BN), demikian ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Sebaliknya, beliau berkata parti komponen kedua terbesar BN itu sentiasa menyuarakan pandangan mereka atas pelbagai isu nasional terutama yang berkaitan dengan masyarakat Cina melalui saluran yang betul dan di dalam sistem BN yang ada seperti dalam mesyuarat Kabinet dan mesyuarat Majlis BN.

"Suara masyarakat Cina disampaikan melalui MCA. MCA bagi pendapat secara berhemah dan bukan dengan cara biadap, namun tegas.

"Apa jua isu, sama ada demonstrasi baju kuning atau baju merah, insiden (Plaza) Low Yat, dan 1MDB, MCA sentiasa memberi pandangan mereka. Dan saya menghormati pandangan mereka. Tak betul kalau DAP cakap MCA sebagai rakan tidak aktif," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-62 MCA di Wisma MCA, di sini.

Beliau juga berkata bekerja dalam lingkungan sistem bagi menangani sesuatu isu adalah lebih berkesan dan dihormati daripada menjerit dan bercakap mengenainya di luar.

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga pengerusi BN menggesa masyarakat Cina supaya terus yakin dan menyokong BN dari segi tindakan dan perbuatan.

Najib berkata beliau juga mahu masyarakat Cina berada dalam arus perdana bagi membangunkan negara.

Katanya sebagai presiden Umno, beliau juga berikrar untuk terus bekerjasama sebaik mungkin dengan MCA yang merupakan rakan seperjuangan sejak sebelum merdeka.

"Saya memerlukan sokongan masyarakat Cina untuk menjadi rakan kongsi utama dalam politik, ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini.

Jika kita bersama-sama, kita boleh mencapai sesuatu yang lebih besar untuk Malaysia," katanya.

Menyentuh mengenai ekstremisme, perdana menteri juga menggesa rakyat Malaysia untuk menolak sebarang bentuk ekstremisme, sama ada keganasan melampau atau ekstremis kaum di negara ini.

Beliau menegaskan dasar BN adalah berteraskan kepada kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang telah ditentukan oleh pengasas negara ini, dan sebarang sikap yang bertentangan dengan nilai-nilai kesederhanaan BN adalah tidak digalakkan.

"Sebab itu kalau ada suara-suara yang berkata, kita harus hapuskan sekolah jenis kebangsaan dan wujudkan sekolah satu aliran, itu bukan dasar BN," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MCA , BN , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan