TPPA: KKM Tolak Cadangan AS Lanjut Tempoh Paten Ubat-Ubatan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 9:30 AM

Dr Hilmi Yahaya.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak cadangan Amerika Syarikat (Amerika) untuk melanjutkan tempoh paten  ubat-ubatan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bagi sektor perubatan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tempoh paten ubat-ubatan itu harus dikurangkan bagi membolehkan sesebuah negara itu mengeluarkan ubat generik.

Katanya, sebelum ini jangka masa itu ditetapkan dalam tempoh 20 tahun tetapi terdapat cadangan daripada Amerika baru-baru ini bahawa tempoh itu patut dilanjutkan untuk menjaga hak harta intelek.

"Kita juga nak berikan ubat yang sama kualiti dengan harga yang murah kepada rakyat tetapi sekiranya cadangan itu diterima, maka negara rugi kerana terpaksa menunggu sehingga tempoh itu tamat sebelum dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Kami daripada pihak KKM telah mengumumkan bahawa kami tidak setuju dalam hal tempoh patensi ubat-ubatan dilanjutkan kerana ini akan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Universiti Sains Malaysia (USM) malam Sabtu.

Beliau berkata pengeluarkan ubat-ubatan generik tidak akan dibenarkan dalam tempoh tersebut sekiranya cadangan Amerika itu diterima oleh semua negara TPPA.

Namun, Dr Hilmi berkata pandangan dan cadangan pihak KKM berhubung TPPA masih dalam peringkat perbincangan.

Beliau turut mengakui bahawa penjanjian ini akan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk berniaga dan memperluas perniagaan mereka ke luar negara.

"TPPA akan menawarkan akses pasaran yang lebih luas kepada syarikat Malaysia serta memberikan kelebihan kompetitif kepada pengeksport," katanya.

Pada 5 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataan berkata: Sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.

Mustapa mewakili Malaysia pada rundingan TPPA dengan 11 pihak lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Tags / Kata Kunci: TPPA , ubat-ubatan , Dr Hilmi Yahaya , KKM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan