Pelajar Malaysia Rai Jemaah Haji

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 8:00 AM

Sebahagian jemaah haji Malaysia yang diraikan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Taibah.

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Lebih 100 jemaah haji dari Malaysia diraikan pada majlis sarapan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Taibah di perkarangan Masjid Nabawi di sini pada pukul 9 pagi Sabtu waktu tempatan.

Majlis ringkas tetapi penuh bermakna itu dikendalikan oleh 17 pelajar lelaki yang masih lagi menuntut di kedua-dua universiti berkenaan.

Jemaah dijamu dengan nasi lemak dan nasi goreng yang disediakan sendiri oleh pelajar terbabit.

Mohd Khairul (kanan) memberikan buku doa harian dan CD bacaan al-Quran kepada jemaah haji.

Cenderahati iaitu buku doa harian dan CD bacaan al-Quran 30 juzuk turut menjadi buah tangan untuk setiap jemaah yang hadir pada majlis pagi Sabtu.

Menurut Penyelia Maktab Taawun  (Malaysia), Mohd Khairul Izzudin Ab Raffar, aktiviti seumpama itu dapat menjalin silaturahim dengan jemaah haji dari Malaysia dan membuka peluang kepada jemaah Malaysia mengenali pelajar negara sendiri di perantauan.

"Kami sangat berbesar hati dan bersyukur dapat bertemu jemaah haji dari tanah air sendiri. Sekurang-kurangnya terubat kerinduan pada keluarga dan kampung halaman," katanya ketika ditemui pagi Sabtu.

Antara jemaah haji yang hadir pada majlis itu termasuk dari Destinasia Travels Sdn Bhd dan Tabung Haji.

Sekumpulan pelajar dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Taibah bersama sebahagian jemaah haji Malaysia di perkarangan Masjid Nabawi.

Menurut Khairul Izzudin, jemaah dari Destinasia Travels berpeluang menziarahi Masjid Quba pagi Ahad secara percuma dan seorang pelajar dari Universiti Islam Madinah akan menemani jemaah kelak.

Biarpun ziarah ke Masjid Quba sudah dilaksanakan minggu lalu namun sebahagian besar jemaah akan merebut peluang mengunjungi masjid itu beberapa kali.

Mohd Khairul Izzudin juga adalah pelajar tahun lima Fakulti Al-Quran Universiti Islam Madinah.

Tags / Kata Kunci: jemaah haji , Maktab Taawun

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan