Impian Kahwin Ala 'Fairytale' Waktu Kecil Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 8:00 AM

Kedua-dua pengantin kelihatan anggun dan segak dengan persalinan ala Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis perkahwinan ala fairytale merupakan impian sejak zaman kanak-kanak bagi Dr Diana Sabrina Redzuan Lim.

Ia ibarat impian menjadi kenyataan buat dirinya apabila berpakaian seperti Puteri Hang Li Po dalam majlis perkahwinannya dengan Dr Mohd Aidid Rizal Mohd Rajib.

Pengantin lelaki itu pula ibarat memainkan peranan sebagai Sultan Mansur Shah Melaka.

Majlis itu yang turut mengetengahkan gabungan tema perkahwinan tradisional Melayu dan Cina, menonjolkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Dr Diana yang baharu sahaja menamatkan pengajiannya berkata beliau pada mulanya mahukan tema perkahwinan ala Disney.

"Namun selepas berbincang dengan ibu dan bapa mertua saya, kami memutuskan untuk menggabungkan dua budaya yang berbeza. Kemudian datanglah idea untuk Mohd Aidid berpakaian seperti Sultan Mansur Shah yang berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

"Saya cukup teruja... apabila menjadi seorang puteri," katanya dalam nada seloroh.

Dr Diana yang mengenali Dr Mohd Aidid lebih setahun yang lalu di Hospital Sungai Buloh berkata, mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk melakukan persediaan majlis penuh istimewa itu.

"Ia amat menyeronokkan. Kami turut mengupah pengawal sebenar dari Istana Budaya supaya majlis perkahwinan itu nampak realiti," katanya.

Dr Diana berkata beberapa tetamu jemputan lelaki pula hadir menggunakan baju Melayu manakala isteri mereka berpakaian cheong sam.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai disambut dengan paluan kompang dan tarian singa.

Malam sebelum majlis perkahwinan mereka, pasangan tersebut diraikan dalam satu majlis berinai dengan tema Bollywood.

Dr Mohd Aidid, yang kini bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, berkata mereka menonjolkkan budaya berbeza dan kepelbagaian yang ada di negara ini.

"Kami tidak perlu melihat sesuatu yang jauh. Sejarah kita sendiri sudah kaya dengan nilai perpaduan kaum.

"Di Malaysia, terdapat pelbagai budaya dan kita percaya untuk mengetengahkan perkara yang boleh menyatukan kita," kata lelaki berusia 30 tahun itu.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan