Dokumen TPPA Mungkin Tak Sempat Dibentang Pada Sesi Parlimen Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 11:29 PM

Ong Ka Chuan menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Wanita MCA ke-40 pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan membayangkan butiran Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin tidak sempat dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun ini berikutan kekangan masa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, persidangan Dewan Rakyat bermula 19 Oktober ini akan memfokuskan kepada pembentangan, perbahasan dan kelulusan Bajet 2016.

"Agak mencabar untuk cuba membawa (TPPA) ke Parlimen tahun ini namun kita akan cuba. Bagaimanapun kita perlu bincang dengan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) terlebih dahulu mengenai perkara ini. 

"Lagipun pada masa ini kami perlu memberi pendedahan kepada rakyat terlebih dahulu mengenai TPPA kerana ramai yang masih keliru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Wanita MCA ke-40 di sini, Sabtu.

Pada Rabu lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani TPPA.

Mustapa menegaskan biarpun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, namun Malaysia masih belum menandatangani perjanjian berkenaan malah dokumen teks itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini. 

Usaha rundingan TPPA itu yang pertama kalinya dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Tags / Kata Kunci: TPPA , Ong Ka Chuan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan