Segelintir Ahli Politik Cuba Cetus Sentimen Kaum - Chong

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 4:03 PM

Chong Sin Woon.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menyalahkan beberapa ahli politik kerana menyemarakkan sentimen perkauman.

"Sebenarnya, kaum Cina, Melayu dan India hidup secara harmoni. Masalahnya dicetuskan beberapa ahli politik yang tidak pernah berhenti mengapi-apikan sentimen perkauman," katanya di awal ucapan pada mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA Ke-51, Sabtu.

Dalam ucapannya, Chong turut berkata sebagai sebuah parti kompen Barisan Nasional (BN) tidak bermaksud Pemuda MCA tidak mempunyai pendapat peribadi atau akan menerima setiap polisi yang dicadangkan secara membuta tuli.

"Sebaliknya, Pemuda MCA akan terus menentang ketidakadilan dan memainkan peranan sebagai barisan hadapan parti," katanya.

Malah, Chong berjanji sayap permuda parti itu tidak akan tunduk kepada kuasa yang kuat.

"Kami tidak akan berkompromi dengan kumpulan pelampau, dan kami akan terus memperjuang perkara yang benar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Chong Sin Woon , MCA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan