Seminar Bukan Promosi Hubungan Seksual - Prof David

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seminar "Love anda Sex With Robots" (Cinta dan Seks Dengan Robot) bukan bertujuan untuk menggalakkan sebarang bentuk hubungan seksual antara manusia dan mesin.

"Ia hanya perbincangan akademik di kalangan ahli-ahli akademik," kata pengerusi bersama seminar itu,  Prof Adrian David dari Universiti City London.

Mengulas mengenai kontroversi yang menyelubungi semintar itu, Prof David yang mengajar jurusan sains komputer berkata semintar tersebut adalah satu daripada empat yang dijadual diadakan pada Persidangan Advances in Computer Entertainment (ACE 2015).

Seminar lain yang dijadualkan adalah jenis model komputer sensing dan bengkel kanak-kanak mengenai cara untuk mengendalikan permainan komputer bagi pembelajaran.

"Tajuk "Love and Sex with Robots" adalah diambil bersempena nama buku paling laris ditulis Dr David Levy yang juga pengerusi bersama seminar ini.

"Ini adalah persidangan akademik semata-mata, di mana profesor dari negara lain berkumpul dan membincangkan topik serta menghantar kertas kajian mereka.

"Kami tidak mempromosikan apa-apa perbuatan seksual.

"Malah, ia boleh jadi seminar yang membosankan sehingga semua kontroversi mengenainya timbul," katanya.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan