Kesemua 2,000 Pemaju Masyarakat Kemas Bakal Miliki Diploma Menjelang 2020

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kesemua kira-kira 2,000 Pemaju Masyarakat atau guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Terengganu akan memiliki kelulusan Diploma menjelang tahun 2020, kata Pengarah Kemas Terengganu, Dr Faridah Mat.

Katanya, jabatan kini dalam usaha mempertingkatkan tahap kemahiran termasuk kelulusan Pemaju Masyarakat yang kini sedang berkhidmat di 873 kelas Tabika Kemas di seluruh negeri dalam meningkatkan tahap kelulusan mereka untuk menghadapi perkembangan semasa dunia pendidikan.

"Buat masa ini, hanya separuh sahaja daripada bilangan Pemaju Masyarakat Kemas di negeri ini mempunya kelulusan Diploma, manakala yang lainnya hanya memiliki kelulusan bertaraf sijil sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Pernyataan Hasrat kerjasama Antara Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut (IPGKSM) dan Kemas Negeri Terengganu yang diadakan di IPGKSM di sini Sabtu.

Menurutnya, Kemas Terengganu kini sedang melalui dimensi baharu dalam memperkemas dan mempertingkat kemahiran Pemaju Masyarakatnya dengan mendapatkan kepakaran daripada IPGKSM untuk melatih mereka.

Sebelum ini IPGKSM telah membantu Kemas Terengganu dalam menaikkan taraf Pemaju Masyarakat kepada Gred S27 dengan kejayaan melatih dan memberi mereka kursus selama 3 tahun bagi mendapatkan Diploma dalam bidang Pendidikan Peringkat Awal Kanak-Kanak (PPAK) sejak tahun 2010.

"Walaupun terdapat seramai 67 orang Pemaju Masyarakat yang mengajar di Tabika-Tabika Kemas yang memiliki Ijazah Sarjana Muda tetapi oleh sebab Ijazah yang mereka miliki dari lain bidang, mereka juga telah dihantar menjalani latihan dan kursus bagi membolehkan mereka memiliki Diploma dalam bidang PPAK," katanya.

Dalam pada itu, Dr Faridah berkata demi mempertingkatkan kemahiran dan profesionalisme Pemaju Masyarakat di negeri itu, seramai 1,360 orang daripada mereka akan dilatih melalui Program iThink oleh IPGKSM secara berperingkat bermula bulan ini bagi memperkasakan pendidikan prasekolah di tabika-tabika sekolah di negeri itu.

Sementara itu Pengarah IPGKSM, Dr Mohd Aziz Mohd Din berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mendapat kepakaran tentang pendidikan daripada pensyarah IPGKSM dalam mempertingkatkan ilmu pedagogi pendidikan kakitangan mereka.

Katanya, sejak tahun 2000 lagi, IPGKSM telah melatih pelbagai pihak termasuk guru-guru daripada Yayasan Terengganu, guru-guru dari Sekolah Swasta dan termasuk guru Kemas meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pendidikan.

Menurut Dr Mohd Aziz, selain daripada memperkenalkan Program iThink, pihaknya juga mempunyai kemahiran melatih dalam bidang pedagogi dan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tabika Kemas , diploma

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan