Najib Sedih Dua Murid SK Tohoi Ditemui Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 12:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kesedihan terhadap nasib dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan, yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak Ogos lalu.

Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya malam ini juga meluahkan rasa kesyukuran terhadap dua lagi murid yang ditemui selamat siang tadi.

"Dua murid SK Tohoi yang hilang telah dijumpai selamat, Alhamdulillah.

Tetapi pada masa sama, saya berkongsi kesedihan keluarga dua lagi yang ditemui telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya.

Najib juga berkata pasukan mencari dan menyelamat akan meneruskan usaha dan melakukan yang terbaik dan turut meminta semua rakyat Malaysia berdoa agar yang lain akan ditemui.

Terdahulu Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.

Kedua-dua kanak-kanak itu, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas

Mayat yang ditemui pula dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman yang dilakukan oleh anggota keluarganya petang ini di Hospital Gua Musang (HGM).

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8. 

Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: SK Tohoi , Orang Asli , Perdana Menteri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan