Jadikan Sukan Sebagai Budaya - PM

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 12:39 PM

Najib (dua kiri) bersama isteri melakukan sesi memanaskan badan selepas perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2015 di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rakyat Malaysia perlu menjadikan sukan sebagai satu budaya dan tidak hanya menjalankan aktiviti itu pada hari sambutan sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya sukan dijadikan sebagai budaya dan cara hidup, negara akan melahirkan jaguh sukan yang hebat di mata dunia.

"Hari ini kita ada pemain nombor satu dalam skuasy dan badminton tetapi siapa pengganti selepas (Datuk) Nicol David dan (Datuk) Lee Chong Wei...ia jadi tanda tanya.

"Jika kita aktif, (persoalan) budaya sukan dengan sendirinya terjawab sebab ratusan anak muda akan tampil ambil bahagian di peringkat tertinggi dunia," katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Sabtu.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata Malaysia ketika ini masih belum mampu menjadi jaguh sukan dunia walaupun menganjurkan pertandingan sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan juga Sukan Komanwel.

"Kalau dari segi penganjuran memang tidak boleh saingi Malaysia, nombor satu, tetapi dari segi keputusan pertandingan, kejayaan pingat Malaysia belum sampai ke tahap negara bersukan.

"Australia contohnya, jumlah penduduk 30 juta, lebih kurang rakyat Malaysia kira-kira 30 juta tetapi dalam sukan dominasi mereka lebih besar dan tinggi kerana asasnya...mereka berbudaya sukan," katanya.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata menjadikan sukan sebagai budaya akan mengurangkan bilangan rakyat Malaysia yang mengalami tekanan dan berlebihan berat badan.

"Ramai juga akan berpeluang mendapat pekerjaan dalam bidang sukan seperti jurulatih dan perubatan sukan. Ini hasrat kita," katanya.

Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lepas.

Sambutan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang ia satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan'.

Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program serta aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , sukan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan