Kanak-Kanak Orang Asli Hilang Berat Badan 10kg

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 3:36 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) melawat Miksudiar yang ditemui penyelamat setelah hilang selama 47 hari, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat pada Jumaat, kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg).

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin berkata berat badan Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, hanya 15 kg.

"Terdapat dua isu yang perlu diberi perhatian iaitu kekurangan nutrisi dan sesi kaunseling," katanya pada sidang media Di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Sabtu selepasa lawatan oleh menteri dan pegawai kerajaan.

Norieen dan Miksudiar ditemui di tebing Sungai Perias pada Jumaat.

Dr Ahmad berkata mereka kekurangan zat dan perlu melakukan pemantauan secara berterusan supaya pulih seterusnya.

"Mereka tidak mahu bercakap dan kelihatan tertekan. Apabila kami mahu memeriksa mereka, mereka cuba mengelak," katanya.

Menurut beliau, Norieen dan Miksudiar dipindahkan dari Hospital Gua Musang ke hospital ini kerana mempunyai kemudahan yang lengkap selain tenaga pakar seperti pakar pediatrik, pakar pemakanan, ahli farmasi dan pakar psikiatri.

Pakar pediatrik, Dr Nik Nasiruddin Nik Leh berkata keadaan mereka stabil tetapi perlu sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Mereka mengambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk pulih.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , hilang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan