Maut Dihempap Papan Tanda: Hasrat Berkumpul Di Kenduri Kahwin Tak Kesampaian

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:50 PM

Jenazah tiga sekeluarga Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, isteri Jamnah Ibrahim, 56, dan anak mereka Nor Juliana Dzulkarnain, 17, disembahyangkan di Masjid Al-Mutaqqin Meru sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya selepas solat Maghrib pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya terkilan hasrat kami adik-beradik untuk berkumpul pada majlis perkahwinan seorang saudara di Shah Alam pada hari ini (Sabtu) tidak kesampaian."

Itu luahan Zainal Alam Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi Sabtu.

Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain,  Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.

Menurut Zainal Alam, beliau dimaklumkan mengenai tragedi itu oleh seorang saudara pada majlis perkahwinan berkenaan.

"Saya sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa kemalangan itu turut membabitkan isteri dan anak perempuan arwah," kata Zainal Alam, yang juga Pengurus Besar Lebuhraya Klang Selatan (SKVE), ketika dihubungi Bernama

"Saudara saya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi polis yang menjumpai kad kenduri kahwin dalam kereta milik arwah," jelas Zainal Alam.

Katanya, beliau dan Allahyarham Dzulkarnain sudah merancang untuk bertemu sekitar 9 pagi Sabtu untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. 

Zainal Alam berkata abangnya, anak kelima daripada 10 beradik, ketika hayatnya begitu mengambil berat dan membantu adik beradik yang lain.

"Selain itu, arwah adalah seorang profesional dan komited dalam menjalankan tugasnya," kata Zainal Alam mengenai arwah abangya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh.

Jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Taman Meru Heights Ipoh untuk disolatkan dan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan