3,000 Kakitangan Perodua Teruja Sambut Hari Sukan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 3,000 kakitangan Perodua antara yang tidak terlepas untuk turut menyambut Hari Sukan Negara yang julung kali diadakan di negara ini pada Sabtu.

Menurut Eksekutif Selepas Jualan Perodua, Afizawati Abu Othman, 38, (gambar bawah)aktiviti itu memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang sukan yang boleh dilakukan.

"Pada hari ini, saya ambil kesempatan untuk bawa keluarga datang dan lakukan aktiviti berfaedah bersama mereka.

"Apa yang kita lihat sekarang ni, masalah obesiti di kalangan orang Malaysia sangat membimbangkan. Kurang bersukan dan kesibukan bekerja antara pendorong utama peningkatan obesiti di Malaysia.


"Pada saya, penting bagi setiap pejabat menyediakan kelengkapan sukan dan senaman supaya pekerja boleh lakukan aktiviti sihat," katanya yang hadir pada aktiviti 'body combat' bersama Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Perodua Sentral di sini.

Bagi Nur Hani Md Afandi,25, (gambar bawah)pula, dia teruja dapat menyertai program itu bersama seorang menteri dan rakan-rakan lain.

"Saya rasa sangat seronok dapat sertai program hari ini sempena Hari Sukan Negara yang pertama kali diadakan. Jadi saya tidak mahu ketinggalan lakukan aktiviti yang jarang saya lakukan.

"Kesibukan bekerja membataskan saya untuk bersukan," tambahnya lagi.

Menurut Muhd Khusairi Osman, 18, (gambar bawah) pendedahan aktiviti seperti 'wall climbing' dan 'body combat' antara pengalaman terbarunya.

"Aktiviti 'wall climbing' dan 'body combat' antara aktiviti yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Ini adalah pendedahan baru bagi saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hari Sukan Negara , Perodua

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan