10,000 Banduan Bersukan Sempena Hari Sukan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 5:16 PM

Sekumpulan banduan menyertai sukan tarik tali sempena sambutan Hari Sukan Negara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 10,000 banduan dari seluruh negara turut tidak melepaskan peluang untuk bersukan sempena sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan pada Sabtu.

Aktiviti sukan yang membabitkan banduan dari seluruh negara itu diadakan sehari awal pada Jumaat seperti aerobik, tarik tali, boling padang, bola sepak, sepak raga bulat, gusti lengan dan bina badan.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, Hari Sukan Negara merupakan program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalam proses transformasi ke arah mencapai sebuah ‘Negara Sukan’ selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.


“Hari Sukan Negara adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus di negara maju.

“Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan rakyat,” katanya pada sambutan Hari Sukan Negara 2015 peringkat Kompleks Penjara Kajang di Maktab Penjara Malaysia di Kajang, Sabtu.

Zulkifli (kiri) pada majlis pelancaran Hari Sukan Negara peringkat Kompleks Penjara Kajang pada Sabtu. Turut serta Pengarah Maktab Penjara Malaysia,  Ibrisam Rahman (tengah) dan Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narandar Singh. Foto ART CHEN / The Star


Selain banduan, kira-kira 700 kakitangan dan pegawai Jabatan Penjara dari 46 institusi penjara di seluruh negara seperti penjara, Sekolah Henry Gurner dan pusat pemulihan akhlak turut terlibat dalam aktiviti kesukanan pada Sabtu.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah senamrobik, berbasikal, sepak raga bulat, futsal, bola jaring, boling padang dan berjalan kaki ‘seribu langkah’.

Banduan melakukan aerobik bagi menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.

Zulkifli berkata, sukan adalah satu landasan untuk menyumbang kepada nilai positif seperti semangat pertandingan yang sihat, muhibbah, sikap bertolak ansur, kesefahaman dan pembinaan moral serta fizikal lebih berkualiti.

“Kewajaran ini perlu untuk membentuk sumber manusia yang sihat dan cergas agar menjadi jentera yang aktif dalam organisasi.

“Hal ini bertepatan dengan peranan kita sebagai warga penjara yang memerlukan kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan tugas kita memulihkan insan-insan yang tersasar jalan hidupnya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penglibatan semua sempena Hari Sukan Negara menjadi inisiatif yang dapat membudayakan aktiviti sukan di peringkat Jabatan Penjara.

“Kehidupan yang cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan seterusnya akan menghasilkan fikiran cerdas dan minda kreatif,” kata Zulkifli.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan