Bait Al Amanah Bakal Manfaat Sepenuhnya Bakat Golongan Profesional

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 4:45 PM

Mohamed Khaled (tengah) merasmikan Bait Al-Amanah pada Jumaat. Turut hadir Hishammuddin Tun Hussein (dua,kanan) dan Shahrir (dua, kiri). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Usaha pengislahan Umno Johor bakal memanfaatkan bakat golongan profesional sepenuhnya terutama dengan penubuhan badan pemikir Bait Al Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ilmu anggota Umno golongan profesional dilihat penting dalam menyumbang pandangan dan pendekatan baharu, sekali gus menyediakan mereka untuk menggalas amanat menerajui kepimpinan kelak.

Beliau berkata, pendidikan yang ada pada golongan profesional ini boleh memberi sumbangan kepada kelangsungan dan masa depan Umno.

"Kita meletakkan teraju pengislahan Umno ini kepada golongan profesional kerana kita mahu masyarakat melihat bahawa ikhtiar ini adalah ikhtiar yang serius dan besar terutama di kawasan luar bandar," kata beliau ketika berucap merasmikan Seminar Merekayasa Perjuangan dan Memahami Pemikiran Pendiri Bangsa, anjuran Umno Johor, di sini Jumaat.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, ramai golongan profesional yang menjadi anggota Umno tetapi tidak tahu saluran yang ada untuk menyumbang khidmat mereka kepada parti.

"Kita harus akui, sebelum ini ramai golongan profesional dalam Umno lebih memilih untuk hanya menjadi pemerhati. Pemerhati yang pegun dan lebih banyak mendiamkan diri. Mereka tidak memanfaatkan ilmu dan pengalaman mereka untuk menjayakan parti dan agenda bangsa. 

"Atas dasar itu, Umno Johor akan membuka ruang yang luas, agar golongan profesional yang ada akan tampil dan memberikan amal dan bakti dengan kepakaran mereka, dengan ilmu dan pengalaman mereka," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata, dengan adanya badan pemikir itu, ia sekali gus menjadi platform sesuai bagi golongan profesional menyumbang khidmat dengan memberi input atau pandangan membina dalam mengislahkan parti keramat itu.

Mohamed Khaled berkata badan pemikir itu, yang akan diterajui Ketua Umno Bahagian Johor Baru, Tan Sri Shahrir Samad, akan menjadi sumber rujukan Umno Johor dalam merangka dasar-dasar dan menyusun agenda strategik perjuangan parti.

"Kita tidak mahu hanya dihidangkan dengan pandangan dan hasil kajian yang disusun untuk nampak cantik, nampak positif dan tidak menunjukkan kelemahan kita.

"Perkara sebegini tidak akan menjadikan kita lebih baik dan kuat. ini bukan cara Umno Johor yang progresif. Kita mahu diberitahu perkara sebenar, meskipun pahit," tambah beliau.

Sehingga kini, kira-kira 300 anggota Umno golongan profesional Umno Johor dikenal pasti bagi membantu usaha itu.

Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan