YPM Minta Universiti Di Korea Selatan Sediakan Latihan Industri

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 10:32 AM

abdul karim

Abdul Karim Mustafa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) akan meminta semua universiti di Korea Selatan yang menempatkan pelajar tajaannya supaya menyediakan latihan industri dalam pengajian di negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, pihaknya akan menjadikan perkara tersebut sebagai syarat wajib supaya pelajar tempatan memperoleh pengalaman dan kemahiran dalam industri pelbagai bidang.

"Dalam kunjungan kita ke universiti-universiti di Korea Selatan baru-baru ini, kita ada bincang mengenai perkara ini. Jika universiti-universiti ini mahu kita hantar pelajar kita, mereka perlu memastikan pelajar kita turut diberikan latihan industri.

"Ini kerana universiti-universiti di Korea Selatan mempunyai hubungan baik dengan pemain industri seperti Samsung, LG dan Hyundai," katanya pada sidang media sempena perbincangan meja bulat Majlis Profesor Negara mengenai penilaian program Dasar Pandang Ke Timur di Putrajaya, Khamis.

Abdul Karim berkata, latihan industri itu adalah penting untuk pelajar sekurang-kurangnya bagi satu semester atau sembilan bulan.

Beliau menambah, penekanan latihan industri itu juga seiring dengan rancangan untuk melaksanakan gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur (LEP 2.0).

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menegaskan bahawa pelajar Malaysia seharusnya mengikuti pengajian dalam bidang-bidang baharu, pengkomersialan termasuk yang belum diterokai.

"Di Korea Selatan, jenama mereka begitu penting seperti Gangnam Style dan K-Pop. Mereka ada K-Beauty untuk kecantikan. Universiti di sana ada yang menyediakan fakulti yang memfokuskan kepada bidang kosmetik atau kosmetologi," katanya.

Mengenai LEP 2.0, satu pelan tindakan akan dirangka bagi mewujudkan program yang lebih jelas dalam pembangunan modal insan berdasarkan budaya dan nilai kerja serta perniagaan di Jepun dan Korea Selatan.

Ia merupakan susulan kepada LEP 1.0 yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 30 tahun sejak 1982 apabila Malaysia memperoleh banyak manfat dalam pelaburan asing dan seramai 18,000 graduan menamatkan pengajian di bawah dasar berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan