UiTM Siap Sedia Sebagai Tuan Rumah Hari Sukan Negara Esok

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal menjadi tuan rumah sambutan perasmian Hari Sukan Negara yang pertama kali diperkenalkan di negara ini telah bersedia menerima kedatangan tetamu bagi memeriahkan acara itu.

Majlis perasmian Hari Sukan Negara akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Padang Kawad UiTM, pagi Sabtu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, dari segi persiapan menjelang perasmian esok, semuanya berjalan lancar.

"Segala persiapan untuk acara perasmian pada esok berjalan lancar dan pihak UiTM mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menyertai pelbagai acara yang bakal diadakan.

"Antara yang dijadualkan berlangsung di Pusat Sukan UiTM seperti futsal, badminton, bola tampar, bola keranjang, selain sukan rakyat pelbagai kaum  termasuk permainan batu seremban dan silambam," katanya yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur.

Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan antara 15,000 hingga 20,000 penyertaan pada sambutan yang akan diadakan untuk menggalakkan pembabitan orang ramai dalam melakukan aktiviti sukan dan riadah bagi mengekalkan gaya hidup sihat.

Keseluruhannya, seramai 4.2 juta rakyat Malaysia berdaftar untuk menyertai 17,648 acara yang akan diadakan di seluruh negara sempena Hari Sukan Negara untuk menjadikan Malaysia negara bersukan dan sihat serta rakyat bersatu padu.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan