Prasarana Perluas Tambang Tanpa Tunai Untuk Keselesaan Pengguna

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 7:35 PM

Stesen Monorel AirAsia Bukit Bintang di Jalan Sultan Ismail yang dilancarkan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan awam akan lebih selesa terutama pada waktu puncak apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperluaskan sistem tambang tanpa tunai membabitkan pengangkutan bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam pada waktu terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha syarikat itu untuk memudahkan orang ramai, selain mengurangkan kesesakan.

Menurut beliau, sistem berkenaan yang sudah dilaksanakan di kawasan Petaling Jaya, Selangor dan Damansara mampu melancarkan lagi perkhidmatan berkenaan, selain menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.

“Sistem bayaran tambang tanpa tunai menggalakkan orang ramai supaya tidak membawa terlalu banyak wang tunai ketika menggunakan pengangkutan awam, sekali gus mengelak mereka menanggung kerugian besar jika menjadi mangsa jenayah seperti ragut.

“Oleh itu, Prasarana akan mempertingkatkan dan menambah baik sistem berkenaan membabitkan semua bas dan LRT supaya perkhidmatan pengangkutan yang disediakan mempunyai sistem bayaran tanpa tunai dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Stesen Monorel Bukit Bintang AirAsia di sini, Jumaat.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar.

Penamaan stesen monorel itu merupakan inisiatif Prasarana yang menawarkan mana-mana syarikat membida hak menukarkan stesen kepada jenama atau identiti sendiri sekali gus dapat menarik minat orang ramai.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan keputusan menyelaras kadar tambang baru LRT menjelang akhir Oktober ini.

“Prasarana akan bekerjasama dan berbincang dengan pihak SPAD dan sebarang keputusan mengenai perkara itu akan diketahui dalam waktu terdekat,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Prasarana , Azmi Abdul Aziz

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan