KPWKM Sedia Lebih 3,000 Sukarelawan Hadapi Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 2:34 PM

Azizah (tengah) bersalaman bersama peserta Seminar Kebangsaan bertajuk 'Peranan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia dalam Pembangunan Negara pada Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempersiapkan lebih 3,000 sukarelawan terlatih bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda beberapa negeri hujung tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan pengalaman banjir luar biasa tahun lepas, para sukarelawan turut diberi kemahiran membantu golongan sasaran seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.

"Selain sukarelawan yang berdaftar dengan kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini, kami (kementerian) menjangkakan lebih ramai lagi sukarelawan di bawah pelbagai jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perseorangan yang akan terlibat.

"Setiap kementerian juga menubuhkan pasukan sukarelawan masing-masing yang secara keseluruhan jumlah sukarelawan akan melebihi 10,000 orang," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) 2015, di sini Jumaat.

Azizah turut menyeru mana-mana individu atau pertubuhan yang ingin menjadi sukarelawan untuk segera berdaftar dengan JKM di laman sesawang jabatan itu atau mengunjungi pejabat JKM di setiap daerah bagi memudahkan penyelarasan bantuan kepada mangsa banjir nanti.

Dalam pada itu, kementerian turut mempersiapkan lima depoh banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor serta 102 mini depoh yang menempatkan barangan keperluan bencana seperti tikar, selimut dan makanan kering.

Azizah berkata bantuan berkenaan seterusnya akan disalurkan ke 547 pangkalan hadapan banjir yang ditempatkan di setiap daerah sejurus bencana tersebut melanda.

Katanya JKM setakat ini mengenal pasti 5,161 pusat pemindahan yang mampu menempatkan lebih sejuta mangsa.

JKM turut menambah bekalan keperluan bencana seperti 15,000 set pembahagi boleh lipat; tilam getah berbusa 12,000 unit; walkie talkie 300 unit dan jaket keselamatan 2,400 unit, katanya.

Sementara itu, kementerian juga bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa atau anggota keluarga tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos.

"Mengenai bantuan kewangan, ia bergantung kepada kriteria. Kalau ada keperluan (kewangan) kami akan bantu," katanya selain memaklumkan kementerian turut bersedia menghantar kaunselor terlatih sekiranya diperlukan keluarga kanak-kanak terbabit.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Sehingga kini, seorang mayat yang ditemui reput dalam Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, dekat Gua Musang telah disahkan merupakan mayat seorang daripada kanak-kanak perempuan terbabit.

Sebahagian rangka seorang kanak-kanak ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi petang Khamis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KPWKM , orang asli , banjir

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan