Isu Sekolah Vernakular: Pendirian MCA Tidak Berubah

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA tetap dengan pendirian mengenai isu pendidikan pelbagai aliran dan akan mempertahankannya, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan mana-mana parti membangkitkan isu ini tidak boleh diterima kerana ia sudah diputuskan dan dipersetujui kerajaan sejak dulu lagi.

Merujuk kepada artikel muka depan akhbar Utusan Malayia pada Khamis mengenai gesaan terhadap sistem pendidikan satu aliran di negara ini, Liow berkata:" Jelas sekali mereka berniat jahat yang tidak membantu menggalakkan perpaduan antara kaum."

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau 'bosan' dengan kenyataan berhubung isu tersebut.

"Cukup-cukuplah. Jika anda menemubual orang sama yang mempunyai pandangan yang sama selama ini, anda akan mendapat jawapan yang sama," katanya selepas menghadiri seminar Penyelesaian Kewangan dan Perniagaan PKS 2015 di sini, Khamis.

Dr Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa pengamal media supaya berhenti mensensasikan isu tersebut dengan menemubual sekumpulan individu yang sama.

"Mengapa tidak mengambil kira pandangan pemimpin pendidikan Cina seperti Ong Chiow Chen (Presiden Jiao Zong), Pang Chong Leong (bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Besar) atau mereka dari Hua Zong?," katanya.

Sambil mengakui tahap perpaduan negara masih ada ruang untuk penambahbaikan, Dr Wee menggesa pengkritik tidak menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca ketegangan kaum.

Dr Wee berkata walaupun beliau menghormati pandangan pengkritik, kebanyakan hujah-hujah mereka terlalu mudah.

"Ia tidak begitu mudah. Lihatlah Wee Ka Siong dan Liow Tiong Lai' ... kami dari sekolah Cina tetapi adakah kami rasis?," katanya.

Dr Wee turut mengingatkan pengkritik bahawa sistem sekolah vernakular adalah sebahagian daripada kontrak sosial dengan penubuhan Malaysia dan mahu mereka menghormatinya.

Pengkritik sekolah vernakular, katanya, harus mengkaji Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menggariskan pendekatan untuk memperbaiki sistem pendidikan secara keseluruhannya.

Di Kuala Lumpur, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebarang pertukaran dalam sistem sekolah pelbagai aliran di negara ini perlu dipersetujui semua rakyat dan bukan hanya diputuskan kumpulan etnik tertentu.

"Kita perlu sedia untuk duduk bersama bagi membincangkan isu ini dengan penuh kejujuran di kalangan pemimpin dan semua etnik," katanya selepas melakukan tinjauan ke SK Taman Samudra.

Satu kebakaran di tingkat empat blok sekolah tersebut memusnahkan enam bilik darjah dengan kerugian dianggarkan bernilai RM500,000.



iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan