Kerajaan Pastikan Bayaran Pampasan Mangsa Kren Tumbang Lancar - Abdul Azeez

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan akan memastikan urusan pampasan yang diumumkan Kerajaan Arab Saudi untuk mangsa dan waris jemaah haji yang cedera dan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 September lepas berjalan lancar.

Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam perjumpaan dengan Kerajaan Arab Saudi dalam masa terdekat selepas semua jemaah haji selamat pulang ke negara ini.

"TH bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir (Johari) akan ke Jeddah untuk berbincang tentang perkara ini dan membuat post-morterm tentang insiden yang berlaku.

"Semua ini memerlukan perbincangan dan diperhalusi. Saya yakin keakraban kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Kerajaan Arab Saudi akan memudahkan urusan perbincangan ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2015 sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini. yang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka membawa gelaran 'Datuk Wira' merupakan antara 35 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka bagi sesi pertama hari ini.

Tujuh jemaah Malaysia terkorban dalam tragedi kren tumbang itu dan menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman telah memerintah pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata TH akan menziarahi semua mangsa yang cedera dan anggota keluarga yang terkorban dalam insiden tersebut dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Datuk Zukri Valenteno Mohd Ali yang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran 'Datuk' berkata pengurniaan darjah tersebut merupakan satu pengiktirafan buat dirinya yang berkhidmat dalam bidang komunikasi.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri itu yang pernah menjadi setiausaha akhbar Mohd Khalil ketika memegang jawatan Menteri Penerangan, berkata Khalil merupakan seorang ketua atau pemimpin yang tegas dan dedikasi.

"Saya amat terharu dengan penganugerahan ini dan berterima kasih kepada Tun Mohd Khalil Yaakob kerana mengurniakan DPSM ini," katanya yang pernah menjadi wartawan Bernama selama 11 tahun bermula 1983.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: kren , Makkah , TH , Abdul Azeez Abdul Rahim

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan