IPIC Akan Bayar Faedah AS$102.7 Juta Bagi Dua Bon Diterbitkan Unit 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: International Petroleum Investment Co (IPIC) akan membayar pembayaran faedah yang dijadualkan pada Oktober dan November 2015 bernilai AS$102.7 juta berkenaan dengan dua bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd dan 1MDB Energy (Langat) Ltd dan dijaminkan bersama oleh IPIC.

Ini adalah menurut Kertas Terma Terikat dan seperti yang didedahkan sebelumnya kepada Bursa Saham London, kata IPIC dalam laporan kemas kini mengenai perjanjian antara syarikat itu dengan Aabar Investments PJS (Aabar), 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia pada 28 Mei, 2015.

Untuk rekod, pada 4 Jun, 2015, IPIC menyediakan AS$1 bilion kepada 1MDB untuk digunakan dengan segera bagi menyelesaikan liabiliti tertentunya (Pembayaran Tunai) dan bermula 5 Jun, 2015, IPIC telah mengambil alih tanggungjawab 1MDB untuk membayar (bersifat sementara) semua faedah yang kena bayar di bawah Nota berjumlah AS$3.5 bilion dalam amaun prinsipal agregat.

Selepas pindahan aset selesai, IPIC akan terus memikul liabiliti bagi semua obligasi pembayaran di bawah Nota (Andaian Hutang) dan membatalkan obligasi kewangan tertentu 1MDB Group kepada IPIC Group (Pembatalan Hutang).

Oleh itu, pada 30 Jun, 2016, IPIC akan menerima pindahan aset dengan nilai amaun agregat yang terdiri daripada jumlah Pembayaran Tunai, dan Andaian Hutang (satu bentuk khusus pembiayaan hutang) dan Pembatalan Hutang.

1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju melaksanakan obligasi yang dijangkakan dalam Kertas Terma Terikat dan untuk memberi jaminan ganti rugi IPIC dan Aabar bagi apa-apa yang tidak dilaksanakan dan sebaliknya, dan Kertas Terma Terikat menggantikan semua urus niaga komersial sebelum ini antara pihak-pihak.

IPIC berkata ia terus komited untuk bekerjasama dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia dan akan terus menyediakan laporan perkembangan terkini yang relevan.
Tags / Kata Kunci: IPIC , 1MDB , bon

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan