Gerakan Cadang Kerajaan Tubuh Dana Pilihan Raya Pusat Bebas

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 10:09 PM

Perang bendera sudah bermula walupun tarikh sebenar pilihan raya umum belum diumumkan.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan dana pilihan raya pusat bebas dan telus yang akan dikendalikan oleh badan pengawal seliaan bebas sumbangan politik.

Pengerusi Jawatankuasa Kajian Pembiayaan Politik Gerakan, Datuk Dr Lim Thuang Seng berkata cadangan itu disenaraikan dalam memorandum parti berkenaan untuk dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Law Seng Kuan, yang bertanggungjawab merangka undang-undang mengenai perkara tersebut, minggu depan.

Bercakap pada sidang media di sini, Jumaat, beliau berkata badan berkenaan harus bertanggungjawab kepada Parlimen sahaja.

Beliau berkata Gerakan juga mencadangkan undang-undang yang memerlukan parti dan calon memaklumkan sumber dan perbelanjaan mereka dalam pilihan raya.

Gerakan juga menuntut undang-undang yang memerlukan senator, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan harta mereka; meningkatkan had perbelanjaan kempen serta melarang semua syarikat berkaitan kerajaan daripada membuat sumbangan politik, kecuali kepada dana pilihan raya pusat.

Pada 9 September lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi cadangannya untuk memperkenalkan undang-undang dan peraturan bagi mengawal penerimaan dana dan sumbangan oleh parti politik.

Najib berkata beliau telah membangkitkan perkara itu empat tahun lepas, namun dibantah oleh parti pembangkang, tetapi mereka menjadikannya satu isu apabila perkara berkenaan dikaitkan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada 14 Ogos lepas, Najib mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan Bagi Pembiayaan Politik, bertanggungjawab merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan