4.2 Juta Daftar Sertai Hari Sukan Negara Esok - KJ

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 4.2 juta rakyat Malaysia berdaftar untuk menyertai 17,648 acara yang akan diadakan di seluruh negara sempena Hari Sukan Negara esok, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berharap semua yang terlibat menyertai setiap aktiviti dengan semangat kesukanan yang tinggi sekali gus menjadikan Malaysia negara bersukan dan sihat serta rakyat yang bersatu padu.

"Saya harap angka ini menjadi kenyataan cuma mungkin kerisauan utama kita adalah cuaca. Ramalan bagi hari esok baik cuma kita tak tahu arah angin mungkin boleh berubah pada bila-bila masa.

"Kita sudah keluarkan garis panduan kepada semua penganjur aktiviti berkenaan mengenai tahap IPU (Indeks Pencemaran Udara) dan apa yang mereka perlu buat sekiranya ia melepasi 100 atau 150," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Garmin MP Step Challenge, di sini, Jumaat.

Sebanyak 46 anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang menyahut cabaran menyertai program kecergasan itu yang berlangsung tiga minggu bermula 11 Sept sebagai usaha menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara.

Khairy berkata, kesemua anggota Parlimen berkenaan menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun mempunyai jadual padat setiap hari.

"Kita jarang sekali buat aktiviti bersama, boleh dikatakan persaingan sihat ditunjukkan dan ada kategori yang BN (Barisan Nasional) menang, ada Pakatan Rakyat yang menang," katanya.

Dalam cabaran itu, setiap peserta dibekalkan dengan Garmin Vivofit 2 untuk mengukur aktiviti harian mereka termasuk jumlah langkah dan kalori yang dibakar.

Kategori Olimpik (bawah 45 tahun) dimenangi oleh anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming dari DAP dengan purata 18,401 langkah sehari, kedua Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dengan 16,456 langkah dan ketiga Teo Nie Ching (DAP-Kulai) dengan 16,022 langkah.

Kategori Universe (45 tahun ke atas) pula dimenangi oleh anggota Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail dari BN dengan 35,416 langkah, kedua Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dengan 26,427 langkah dan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) dengan 25,386 langkah.

Kategori wanita pula dimenangi oleh Teo Nie Ching (DAP-Kulai) dengan purata 16,022 langkah sehari, kedua Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) dengan 13,953 langkah dan ketiga Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dengan 12,898 langkah.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan