Tiada Kesalahan Dalam Siasatan Bank Negara Ke Atas 1MDB - AG

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AG) memutuskan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiada tindakan lanjut perlu diambil berdasarkan kertas siasatan (IP) oleh Bank Negara.

Jabatan Peguam Negara berkata siasatan Bank Negara terhadap 1MDB telah memberi tumpuan kepada kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 secara sedar, atau secara melulu, membuat pernyataan palsu dalam sesuatu butiran.

"Kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Ogos.

"Setelah mengkaji IP, Timbalan Peguam Cara I Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, memutuskan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada sebarang tindakan lanjut perlu diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jabatan Peguam Negara berkata, IP telah dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September.

"Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara menghantar surat permohonan kepada Pejabat Peguam Negara supaya keputusan itu dikaji semula.

“Setelah mempertimbangkan permintaan itu dan tiada sebarang bukti baru, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

"Laporan berita antara 12 September 2015 hingga ke hari ini mengenai IP masih berada dengan Jabatan Peguam Negara dan perbincangan sedang dijalankan, adalah tidak tepat dan tidak benar,” katanya.

Kenyataan pada Khamis dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja pada hari Selasa di mana Majlis Raja-Raja Melayu berkata, kerajaan perlu melengkapkan siasatan kontroversi 1MDB seberapa segera yang mungkin dan mengambil "tindakan tegas yang sesuai" terhadap pihak yang didapati terbabit dengannya.

Pada Rabu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap sesiapa sahaja, walaupun selepas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, mereka telah menyelesaikan siasatan mereka ke atas 1MDB dan telah menyerahkan penemuan mereka kepada AG pada bulan Ogos.

"Jika siasatan Bank Negara mendedahkan bukti kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit," Muhyiddin dilaporkan berkata.

Jabatan Peguam Negara juga berkata Pasukan Petugas yang menyiasat 1MDB  tidak pernah dibubarkan atau dihentikan siasatannya.

 "Jabatan Peguam Negara tidak pernah membuat apa-apa pernyataan yang bermaksud sedemikian. Malah siasatan yang dijalankan oleh agensi masing-masing tidak pernah pada bila-bila masa dihentikan atau terhalang.

“Jabatan Peguam Negara menjalankan pemantauan secara konsisten serta memberi arahan kepada agensi yang relevan bila mana siasatan dirujuk kepada jabatan, termasuk arahan untuk mempercepatkan siasatan.

“Setakat ini Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai menjalankan siasatan berikutan tiada kenyataan saksi direkodkan,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan