Pesanan Idris Kepada Ali Tinju: "Jangan Ajar Kerja Saya"

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 9:16 AM

Idris Haron

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengecam bekas tentera, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kerana cuba untuk menggagalkan matlamat kerajaan negeri meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam menegakkan keharmonian kaum.

"Tiada nilai untuk menyebut namanya dan memberikan dia publisiti yang tidak perlu hingga memberikannya ruang untuk terus mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. Lebih baik tidak berikan dia ruang di media.

"Pendirian saya adalah jelas bahawa orang yang mempunyai 'niat tidak baik' tak perlu dilayan di negeri bersejarah dan harmoni ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu malam.

Mohd Ali Baharom

Idris berkata beliau bekerja keras untuk menjadikan Melaka sebuah negeri yang progresif.

Tegasnya rakyat harus menikmati hasil kemakmuran negeri tanpa diganggu oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat jahat.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa semua rakyat Melaka adalah selamat dan tiada siapa boleh mengancam atau menyakiti mereka ketika saya menerajui negeri ini sebagai Ketua Menteri.

"Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk merampas perpaduan rakyat yang begitu tinggi sejak dahulu lagi," katanya.

Idris berkata Melaka telah menjadi tumpuan pelbagai budaya selama berabad-abad dan ia akan terus berkembang maju.

"Kami menghormati antara satu sama lain selama bertahun-tahun dan mereka yang mempunyai niat jahat tidak dialu-alukan di sini," katanya.

Mohd Ali merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan pegawai imigresen yang diserang sekumpulan samseng di Melaka baru-baru ini.

Selain itu Idris menegur Mohd Ali supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Melaka.

"Jangan mengajar saya cara bekerja, dia fikir siapa dia?" katanya.

Menurut Idris lagi beliau mengetahui mengenai sebarang perkembangan yang berlaku di negeri ini dan tahu untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut keadaan.

"Saya membina hubungan yang baik dengan akar umbi melalui persahabatan dan kepercayaan. Setiap perkembangan sama ada baik atau buruk, telah dibawa ke perhatian saya.

"Saya juga yakin dengan polis Melaka dalam mengendalikan sebarang isu," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hassan mengingatkan Mohd Ali supaya tidak menggunakan insiden pada 30 September lalu sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Ali Tinju , Idris Haron

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan