Zahid Hamidi Ketuai Penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 8:57 PM

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai penerimaan darjah kebesaran sempena ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri yang ke-77 Tun Mohd Khalid Yaakob pada Jumaat.

Beliau adalah di antara 760 penerima anugerah bagi tahun ini.

Dr Ahmad Zahid akan menerima Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), yang membawa gelaran, “Datuk Seri Utama”.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar berkata, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Datuk Ahmad Maarop, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jen Tan Sri Datuk Sri Roslan Saad dan Ketua Polis Negeri, Timbalan Komisioner Polis Datuk Chuah Ghee Lye adalah di antara 10 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM), yang membawa gelaran “Datuk Wira”.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri, Zaidi Atan, Ketua Pengarang akhbar The Star, Leanne Goh Lee Yen dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian BadrulHisham Othman  adalah di antara 11 orang penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM), yang membawa gelaran “Datuk”.

Majlis anugerah pingat kebesaran negeri akan berlangsung pada 9 Oktober, 10 Oktober dan 14 November depan, kata Naim.

Oleh kerana Dr Ahmad Zahid kini berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi, saya majlis khas akan diadakan untuk beliau kemudian.

Sementara itu seramai 60 orang lagi akan menerima Darjah Seri Melaka, Bintang Cemerlang Melaka (88), Bintang Khidmat Terpuji (111), Pingat Jasa Kebaktian (227), Pingat Bakti Masyarakat (137) dand 27 bakal menerima Pingat Khidmat Lama. (PKL).


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan