Jerebu: Malaysia Hantar Bantuan Padam Kebakaran Di Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar aset ketenteraan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Indonesia bagi membantu memadamkan kebakaran di sekitar Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia, seawal petang Khamis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan menghantar misi bantuan itu dibuat selepas mendapat permintaan dari Indonesia bagi menangani fenomena jerebu yang masih belum reda berikutan kebakaran hutan di negara tersebut.

"Saya dari dulu konsisten akan bantu. Saya telah berhubung dengan rakan sejawatan saya di Indonesia, Ryamizard Ryacudu dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Koordinasi Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini, Khamis.

Menurut Hishammuddin, kerajaan akan menerbangkan pesawat Bombardier CL425MP bersifat amphibious untuk misi bantuan ke Indonesia.

"Buat masa ini, fokus bantuan adalah melibatkan sebuah pesawat yang berkeupayaan memadamkan kebakaran di kawasan yang luas," katanya.

Beliau berkata pesawat tersebut berkeupayaan menjatuhkan 6,137 liter air dalam tempoh 12 saat ketika terbang dengan kelajuan 130 kilometer sejam.

"Air akan dijatuhkan di kawasan sasaran yang ditentukan oleh pihak berkuasa Indonesia," katanya.

Menurut Hishammuddin, operasi tersebut akan dikelolakan oleh APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Pasukan Malaysia bersama pesawat Bombardier siap sedia diterbangkan ke Indonesia petang ini, bergantung kepada koordinasi bersama Indonesia," katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu mesyuarat merentasi kementerian dan agensi akan diadakan pada petang ini bagi memperincikan sebarang bantuan lain yang boleh disumbangkan kerajaan Malaysia kepada Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan