Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara terus bertambah baik dengan kebanyakan kawasan secara konsisten merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan baik sejak 6 hingga 9 pagi Khamis.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 9 pagi, 29 kawasan merekodkan IPU sederhana. Shah Alam merekodkan bacaan IPU 88, Nilai (86), Pelabuhan Klang dan Batu Muda (81) dan Langkawi (75).

Beberapa kawasan lain seperti Alor Star, Seri Manjung, Petaling Jaya, Banting dan Putrajaya pula merekodkan bacaan IPU sederhana 74.

Sementara itu, 15 kawasan terutama di Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU baik antara 21 dan 50.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , Udara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan