Dakwaan Raja-Raja Melayu Hilang Kepercayaan Terhadap Najib Hanya Spekulasi - Berita Semasa | mStar

Dakwaan Raja-Raja Melayu Hilang Kepercayaan Terhadap Najib Hanya Spekulasi

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 2:00 PM

hishammuddin

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan bahawa Raja-Raja Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya spekulasi yang sengaja dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Itu merupakan (tindakan) mereka yang tidak bertanggungjawab. Kalau tak percaya  kepada kepimpinan Perdana Menteri, saya percaya mereka akan cakap bulat-bulat.

"Tak perlu bangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ada pihak tertentu nak mentafsir apa yang Raja-Raja Melayu nyatakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kenyataan Raja-Raja Melayu yang mahu siasatan 1MDB disegerakan seolah-olah menunjukkan mereka sudah tidak percaya kepada kepimpinan Najib.

Jelas beliau lagi, pihak tidak bertanggungjawab itu bersikap tidak adil kerana cuba mentafsirkan kenyataan Raja-Raja Melayu tersebut.

"Itu tidak adil, hanya Raja-Raja yang tahu. Kalau Raja-Raja memang tak yakin kepimpinan Datuk Seri Najib tak perlu melalui 1MDB, mereka akan sebut sahaja," katanya.

Menurut Hishammuddin, pihak tertentu tidak perlu mensensasikan kenyataan tersebut kerana Perdana Menteri sudah menyatakan isu 1MDB akan diselesaikan.

"Itu bukan perkara baru dan Perdana Menteri sendiri sudah nyatakan bahawa isu ini akan diselesaikan. Saya rasa tak perlu mana-mana pihak tambah perkara ini kerana ianya dibangkitkan Raja-Raja.

"Untuk menyelesaikan isu ini ada jadualnya... untuk kita struktur semula, akauntabiliti dan siasatan untuk pastikan mana-mana pihak terlibat salah laku tak terkecuali daripada dibawa ke muka pengadilan," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan