Awas Denggi Selepas Jerebu

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setelah mengalami kesan jerebu, kini orang ramai perlu berhati-hati dengan wabak demam denggi menjelang beberapa bulan akan datang.

Kenaikan kes seperti ini dijangka berlaku berikutan "fenomena El Nino paling teruk di kepulauan Pasifik dalam tempoh hampir 20 tahun".

Cuaca panas dan kering yang tidak teratur sudah menyumbang kepada jerebu hingga menjejaskan negara-negara dan lain di rantau ini ekoran kebakaran hutan luar kawalan di Indonesia.

Pasukan penyelidikan antarabangsa mendapati bahawa suhu tinggi El Nino boleh mewujudkan keadaan yang sesuai untuk wabak denggi berskala besar tersebar ke seluruh kawasan yang luas.

Kajian ini meliputi Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Taiwan, Singapura dan Filipina.

Dikhuatiri wabak ini boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan di negara-negara terjejas jika ia berlaku tanpa diduga, demikian menurut kajian tersebut.

Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit iaitu seorang perunding penyelidikan di Universiti Malaya berkata, kesan penuh El Nino akan dirasai pada tahun akan datang dan dengan itu, kenaikan kes denggi juga dijangka berlaku.

"Buat masa ini, bilangan kes-kes di beberapa negeri telah meningkat dua kali ganda," katanya ketika dihubungi pada Rabu sambil menambah bahawa Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan senario terburuk.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata usaha untuk memerangi denggi telah ditingkatkan sebelum El Nino.

Katanya kes denggi cenderung untuk naik mendadak pada awal dan akhir setiap tahun.

Namun beliau akui berlaku peningkatan kes denggi di pertengahan tahun pada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Demam Denggi , Jerebu , El Nino

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan