Ali Tinju Tunduk Tekanan, Batal Demo

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Veteran tentera, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju membatalkan rancangan untuk mengadakan demonstrasi di Taman Melaka Raya pada Sabtu ini bagi menghormati sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka yang jatuh pada hari itu.

"Pihak berkuasa memberitahu kami untuk membatalkan protes. Saya menghormati nasihat mereka kerana pada hari itu adalah hari jadi Yang di-Pertua Negeri, kami akan menghormatinya," kata Mohd Ali ketika dihubungi pada Khamis.

Selain itu Mohd Ali berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada ahli politik dan polis yang menggesanya untuk membatalkan perhimpunan tersebut.

"Saya tidak tahu bahawa hari itu ialah hari jadi Yang di-Pertua Negeri. Jika saya tahu, saya tidak akan merancang perhimpunan tersebut," tegasnya.

Mohd Ali yang kini mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang digelar Gerakan Merah 1Malaysia mengancam untuk mengadakan tunjuk perasaan berikutan insiden di mana tiga pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen diserang pada 30 September.

Tags / Kata Kunci: Mohd Ali Baharom , Ali Tinju

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan