1MDB Bukan 'Syarikat Dibebani Hutang' - Berita Semasa | mStar

1MDB Bukan 'Syarikat Dibebani Hutang'

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 11:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Melabelkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai 'syarikat yang dibebani hutang' adalah mengelirukan, kata firma pelaburan kerajaan itu sambil menyatakan bahawa beberapa perniagaan telah berjaya menggunakan hutang untuk membina asas aset mereka.

"Dalam kes 1MDB, dari ekuiti RM1 juta, sejumlah RM1.7bilion jumlah ekuiti pemegang saham kumpulan telah dijana pada 31 Mac 2014.

"Walau apa pun kemungkinan cabaran pada masa ini dan yang berikutnya, di mana ia didokumenkan dengan baik dan diakui, 1MDB masih yakin dapat menjana lebih nilai apabila kita meneruskan progres pelan rasionalisasi," kata 1MDB dalam satu kenyataan, menjawab persoalan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"1MDB menyedari siaran akhbar yang dikeluarkan pada Rabu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pencirian 1MDB sebagai 'syarikat yang dibebani hutang' adalah mengelirukan, kerana Tan Sri Muhyiddin, sebagai bekas anggota Kabinet, tahu sepenuhnya bahawa nilai aset 1MDB melebihi hutang.

"Fakta ini diperkuatkan lagi dengan nilai ketara ditunjukkan oleh pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap penjualan ekuiti dalam Edra Tenaga dan Bandar Malaysia.

"Sebagai anggota Kabinet, apabila 1MDB telah ditubuhkan, Tan Sri Muhyiddin sedar mengenai struktur modal 1MDB. Dengan RM1 juta ekuiti daripada pemegang saham, Kementerian Kewangan, 1MDB meningkatkan modal di pasaran - di mana merupakan hutang pada akaun syarikat .

"Banyak perniagaan, di Malaysia dan luar negara, telah berjaya menggunakan hutang untuk membina asas aset mereka. Dalam kes 1MDB, dari RM 1 juta ekuiti, jumlah ekuiti pemegang saham kumpulan sebanyak RM1.7 bilion telah dijana pada 31 Mac 2014. 

"1MDB kesal walaupun penjelasan berulang, beberapa bekas dan ahli politik semasa tertentu terus mengeluarkan separuh kebenaran mengenai syarikat tersebut. Ia kini jelas bahawa ini adalah sebahagian serangan sengaja dan bermotifkan politik, untuk mensabotaj bukan sahaja IPO tenaga yang dirancang sebelum ini tetapi pelaksanaan berterusan pelan rasionalisasi kami.

"Walaupun begitu, 1MDB dan 100 peratus pemegang saham utama kami, Kerajaan Malaysia, komited sepenuhnya untuk melaksanakan rancangan itu, seperti yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015," katanya.
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan