Wujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen Teliti Laporan Tahunan - Suhakam

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memohon kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas parlimen bagi meneliti semua laporan tahunan badan hak asasi manusia itu sejak ia dikemukakan kepada Parlimen 14 tahun lepas.

Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata Suhakam mencadangkan perkara itu berikutan semua laporan tahunan badan itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

"Laporan tahunan ini wajib dihantar kepada Parlimen setiap tahun pada penggal pertama persidangan namun isu atau permasalahan yang dilapor tidak pernah dibahas.

"Melalui jawatankuasa ini kita harap segala isu dalam laporan tahunan ini akan diteliti dan kemudiannya Anggota Parlimen mungkin boleh bawanya ke Parlimen, kalau tidak ia hanya sekadar laporan sahaja," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program jelajah Suhakam Bersama Masyarakat di Melaka di sini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam.

Mengulas lanjut, Khaw berkata perbahasan isu dalam laporan tahunan itu penting kerana ia memberi pendedahan berhubung hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat di negara ini sekali gus menjadi panduan kepada mereka sekiranya berhadapan dengan isu yang sama.

Beliau berkata Suhakam menerima kira-kira 480 aduan melibatkan pelbagai isu daripada pelbagai pihak dan penelitian terhadap semua isu berkenaan diberi perhatian agar dapat diselesai dengan baik.

Dalam pada itu, katanya Suhakam sering memantau isu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia yang cuba dicetuskan pihak tertentu dalam usaha menggangu-gugat keharmonian masyarakat di negara ini.

Justeru katanya Suhakam menyokong tindakan kerajaan menyegerakan penggubalan Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang bertujuan memupuk masyarakat agar sentiasa mengutamakan perpaduan negara pada masa hadapan.

Sementara itu, Nayagam berkata Suhakam sentiasa menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara dalam usaha memupuk dan memberi pendedahan berhubung isu hak asasi manusia.

"Suhakam bukan satu badan yang hanya berfungsi untuk mengkritik kerajaan tetapi sedia membantu supaya dapat mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Suhakam , Parlimen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan