SPAD Masih Kaji Haramkan Perkhidmatan Uber, GrabCab

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Uber dan GrabCab mungkin masih belum diharamkan di Malaysia walaupun terdapat rancangan untuk berbuat demikian.

Berdasarkan sambutan rakyat yang semakin menggalakkan terhadap perkhidmatan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyatakan pihaknya masih mencari penyelesaian bagi mengawalnya.

"Kami memahami penyelesaian yang disediakan oleh Uber dan GrabCar dan sentimen rakyat ke arah itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai rancangan suruhanjaya itu untuk menghentikan operasi perkhidmatan Uber termasuk menyita kenderaan dan menghalang mereka daripada memperbaharui cukai jalan.

Jelas beliau SPAD menyita lebih 100 kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai teksi haram di bawah platform perkhidmatan Uber dan GrabCar, sejak Oktober tahun lepas.

Tambah beliau badan berkuasa itu melipatgandakan usaha membanteras kenderaan sedemikian yang menawarkan khidmat pemandu persendirian menerusi telefon pintar kerana ia perkhidmatan  teksi haram.

"Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen kami untuk meningkatkan taraf perkhidmatan teksi di negara ini," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ucap tama pada Forum Transformasi Bandar di sini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar sebelum mengumumkan perkhidmatan Uber dan GrabCar di negara ini tidak sah kerana kedua-dua perkhidmatan berkenaan tidak mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang.

Ia juga menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) kerana menggunakan persendirian awam dan tidak mempunyai lesen pengendali daripada SPAD.

Pemandu atau pemilik teksi haram boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Sementara syarikat kenderaan boleh didenda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Mohd Azharuddin berkata langkah penyelesaian perlu ditangani segera dalam menangani kewujudan rangkaian syarikat pengangkutan bentuk baharu yang menjejaskan kepentingan sesetengah pihak dan pengguna.

"Perkara ini dibincangkan secara serius di peringkat dalaman," katanya.

Forum sehari anjuran Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) yang  bertemakan 'Strategizing and Enhancing the Malaysian Urban Public Transport' itu bertujuan meneroka pembangunan sistem pengangkutan di negara ini dan cabaran serta peluang yang ada.

Tags / Kata Kunci: SPAD , Uber , GrabCab

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan