Sosma Digunakan Untuk 'Zip' Mulut Ahli Umno

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 4:50 PM

Datuk Saifuddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan undang-undang anti-keganasan terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik perdana menteri adalah mesej tersirat untuk ahli-ahli Umno yang lain, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

"Penggunaan Sosma secara khusus kerana dia adalah dari Umno. Pemimpin tertinggi mahu dia menutup mulut," katanya, merujuk kepada Khairuddin, bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan.

Khairuddin telah ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) pada 23 September di Kompleks Mahkamah Duta, sebaik sahaja beliau dibebaskan daripada tahanan reman.

Saifuddin berkata, Umno boleh menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, justeru mesej perlu dibuat untuk 'zip mulut mereka'.

Katanya, beliau tidak bimbang undang-undang anti-keganasan digunakan terhadap beliau jika ditangkap, sambil menambah beliau juga tidak akan terkejut jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga ditangkap.

"Itu bukan untuk menyatakan bahawa saya membiarkan penggunaan Sosma terhadap sesiapa. Terdapat banyak undang-undang lain sedia ada," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu pada sidang media oleh NGO terhadap Sosma.

Tags / Kata Kunci: GMM , Datuk Saifuddin Abdullah , Sosma

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan