PAS Tunggu Reaksi 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS tertanya-tanya apakah pendirian terbaharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas teguran Raja-Raja Melayu terhadap syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak agar siasatan terhadap 1MDB diselesaikan segera.

"Apakah 1MDB akan mengeluarkan kenyataan untuk membidas pendapat Raja-Raja Melayu dan Kementerian Kewangan pula akan terus membisu terhadap saranan baik daripada Raja-Raja Melayu?

"Apakah kerajaan yang akan menyahut saranan Raja-Raja Melayu atau akan membiarkan 1MDB menjawabnya sekali lagi? Sikap (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selepas teguran Raja-Raja Melayu akan menentukan nasib politik beliau dan 1MDB," katanya menerusi kenyataan pada lewat malam Selasa.

Pada 22 September lalu 1MDB menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat pembangunan strategik itu sebagai penyebab Ringgit lemah.

Terdahulu Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Kenyataan itu turut menyarankan supaya badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menggesa supaya kerajaan menubuhkan semula pasukan siasatan khas berhubung 1MDB selaras dengan saranan Raja-Raja Melayu.

"Diharap kerajaan jangan berlengah lagi untuk menghidupkan pasukan siasatan khas 1MDB dan membenarkan mereka untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"PAS mengharapkan pasukan siasatan ini akan melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun beliau telah bersara dan juga Ketua Audit Negara yang telah menyerahkan laporan audit 1MDB kepada PAC," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , 1MDB , Raja-Raja Melayu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan