'Ali Tinju' Jangan Jejas Keharmonian Kaum Di Melaka - MCA

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 10:02 PM

Ali Tinju

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menggesa Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju supaya menghentikan ancaman terhadap persahabatan antara orang Melayu dan Cina Malaysia di negeri ini dalam sejarah panjang Melaka. 

Mohd Ali, yang merancang untuk menganjurkan perhimpunan di pusat bandar Taman Melaka Raya pada Sabtu, telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa kawasan itu 'tidak selamat' semasa perarakan itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Koh Nai Kwong berkata, Mohd Ali sebagai seorang veteran tentera, perlu 'lebih tahu perihal patuh kepada undang-undang, dan tidak mengancam keselamatan orang ramai, lebih-lebih lagi dalam zon warisan'.

Beliau menggesa pihak polis dan pihak berkuasa tempatan supaya menghalang Mohd Ali daripada mengadakan perhimpunan itu.

Setiausaha Badan Perhubungan MCA Melaka Koh Chin Han turut senada, memberi amaran kepada Ali untuk tidak membahayakan hubungan Melayu-Cina.

"Sejarah hubungan Melayu-Cina di Malaysia bermula dalam sejarah Melaka lebih 600 tahun yang lalu," katanya dalam kenyataan, Rabu.

Beliau berkata ancaman Ali Tinju ini "membahayakan kedaulatan undang-undang, menggalakkan vigilantisme, gangguan dan secara paradoks melanggar undang-undang dan ketenteraman awam dalam versi sesat beliau menegakkan keadilan untuk mangsa serangan".

Beliau merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Imigresen yang didakwa diserang oleh samseng awal minggu ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan